STRATEGI BELI RUMAH MENGGUNAKAN ASET EMAS


Salah satu matlamat yang boleh kita senaraikan dalam medium simpanan emas ialah miliki aset rumah.


Samaada beli secara tunai atau sediakan duit muka. Tapi biasanya, matlamat sediakan duit muka akan dipilih kerana jangka masa simpanan yang lebih pendek dan realistik untuk dicapai.


Dibawah saya kongsikan bagaimana kiraan asas harga yang layak dibeli mengikut pendapatan anda.


Contohnya:-


1. Gaji kasar : Rm2.5k


2. Debt Service Ratio

Rm2.5k - Rm300 (Zakat, EPF, SOCSO, Cukai) = Rm2.2k

3. Max Debt Service Ratio

Rm2.2k × 60% (Max DSR) = Rm1.32k


4. jika ada komitmen lain seperti ansuran kereta Rm500

Rm1.32k - Rm500 = Rm880


5. Max Pinjaman Rumah

Rm800 × 200 = Rm176K


Maksudnya, orang yang bergaji Rm2.5k perlu sediakan sekurang-kurangnya Rm17.6k duit muka bersamaan 65gram emas!


Semoga bermanfaat!

8 views0 comments